Eksa telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai satu inisiatif penjenamaan semula dan penambahbaikan terhadap Amalan Persekitaran Berkualiti yang berteraskan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal telah mewujudkan Ekosistem Kondusif 5ektor Awam (EK5A) yang diperkenalkan oleh MAMPU. Penambahbaikan ini masih berteraskan kepada amalan 5S dengan menitikberatkan imej sektor awam, menggalakkan kreativiti dan inovasi selaras dengan kepuasan pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan berteknologi hijau melalui aktiviti - aktiviti Go Green.